Nuffnang Ads

Sabtu, Februari 23, 2013

RAHSIA KAYU HUJAN PANAS ATAU TAS

Inilah rupa Pokok Tas atau Pokok Hujan Panas Jantan
Kayu tas atau juga di kenali sebagai kayu hujan panas mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Selain berupaya untuk menundukkan haiwan, pokok ini juga berupaya untuk menundukkan manusia dan menjadi pemanis wajah dan pendinding dari gangguan makhluk halus.


Kayu yang di pegang ahli sarkis ini adalah Kayu Tas atau  Kayu Hujan Panas
Pemain sarkis dari seluruh dunia juga mengunakan kayu tas ini untuk menundukkan haiwan yang ganas seperti harimau, singa dan gajah.

Bukan sahaja batang atau dahan pokok tersebut sahaja yang mempunyai "kuasa ajaib", malah daunnya juga mempunyai khasiat yang tersendiri. 

Apabila daun tersebut dibakar, asapnya mampu untuk menghalau anasir jahat daripada mendekati seseorang.

Orang Asli juga percaya pokok kayu tas boleh memindahkan hujan ketempat lain. Caranya dengan memusingkan kayu pokok tersebut sebanyak 3 kali. Air rebusan akarnya pula berupaya mengembalikan kesegaran tubuh serta menguatkan tenaga batin, juga boleh merawat penyakit uluran dan sakit perut.
Pokok Kayu Tas Jantan berwarna agak kehitaman 
Begitulah hebatnya penangan pokok kayu tas. Pokok Kayu tas juga di kenali dengan nama kayu penunduk, kayu hujan panas, kayu Limpanas dan di luar negara di gelar kayu "God Mountain Stick".

Pokok ajaib ini hanya boleh di temui di hutan tebal di Sabah, Sarawak dan Kalimantan. Jika di semenanjung hanya boleh di temui di hutan Perak, Kelantan dan Pahang sahaja. Pokok ini sukar hidup dan di temui, hanya mereka yang pakar dalam perubatan tradisional biasanya dapat mengenal pasti dan menemui pokok ini di hutan.
Anak Pokok Tas
Di katakan tempat pokok kayu tas tumbuh di sekelilingnya tidak akan ada sebarang tumbuhan lain yang boleh hidup walaupun sehelai rumput. Haiwan atau pun semut juga tidak berani melintasinya. Kata orang tua-tua pokok ini sukar hidup jika di tanam oleh manusia.
Kayu Tas Betina agak keputihan warnanya
Terdapat 2 jenis kayu tas iaitu kayu tas jantan dan kayu tas betina. Perbezaan kayu tas jantan dan betina adalah dari warna kulitnya. Kayu tas jantan berwarna kehitaman manakala kayu tas betina berwarna putih dan cerah.
Banyak khasiatnya cincin gabungan Kayu Tas Jantan dan Tas Betina
Keajaiban kayu tas ini terletak pada baunya. Kayu tas jantan memiliki bau yang sama di semua tempat dan negeri. Manakala kayu tas betina adalah berbeza. Kayu tas dari Sabah dan Sarawak memiliki aroma yang wangi seperti bau rempah, manakala bayu kayu tas betina dari semenanjung agak busuk dan hancing.

Kayu tas betina semenanjug dikatakan mempunyai khasiat yang lebih tinggi dan hebat. Kebanyakkan pawang atau bomoh suka mengunakkan kayu tas betina dari semenanjung dalam bidang perubatan tradisional. 
Kulitnya berbau setanggi jika di bakar
Cara untuk mengenali kayu tas ialah dengan membakar kulit pokok kayu ini. Apabila dibakar, ia akan mengeluarkan asap berbau wangi seperti bau setanggi. 

Sehingga kini, masih ramai di kalangan masyarakat di Nusantara yang yang mempercayai kayu ini mempunyai kesaktiannya yang tersendiri. 

1 ulasan:

Farah Kamarudin berkata...

ibu saya ada kayu tas ni yang diwarisi dari moyang saya yang berasal dari pagar ruyung. and now dia nak jual.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: