NUFFNANG

Selasa, April 14, 2015

Video: Subhanallah! Ikan hidup dan berenang walaupun hanya tinggal kepala...

Sadis dan kasihan...bila melihat seekor ikan yang hanya tinggal kepala namun masih lagi hidup dan mampu berenang kesana kemari.

Kejadian luarbiasa ini di katakan terjadi di Kepulauan Maldives, di mana kebiasaanya nelayan disana hanya mengambil badan ikan sahaja untuk dimakan atau dijual manakala bahagian kepala dan sirip akan dibuang semula kelaut untuk makanan ikan-ikan lain.

Namun suatu kejadian aneh telah berlaku dimana sebaik sahaja nelayan membuang ikan yang hanya tinggal kepala dan sudah tiada badan lagi...tiba-tiba ia berenang seperti biasa didalam air.

Kejadian luarbiasa ini sempat dirakam oleh nelayan serta dimuat naik ke YouTube dan telah ditonton hampir sejuta orang.

Kejadian ini menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai, ada yang marah dan menganggap perbuatan memotong badan ikan ini zalim.

Namun begitu tiada apa yang mustahil, jika Allah mengkehendaki sesuatu itu berlaku maka berlakulah ia...seperti kisah Ikan Sebelah atau ikan sisa nabi ini menurut sejarah telah dimakan oleh Nabi Sulaiman AS tetapi oleh kerana baginda tidak sempat menghabiskannya, baginda telah melepaskan sebelah lagi ke dalam laut dan dengan kehendak Allah ikan itu hidup semula dan berenang kembali ke lautan dengan keadaan ikan tersebut yang hanya tinggal sebelah dengan satu mata sahaja.

Seterusnya, ikan tersebut hidup dan membiak hingga ke hari ini.  Hal ini menjadi bukti kewujudan ikan ini yang  kekal sehingga ke hari ini untuk menjadi iktibar kepada kita semua.

Video: Subhanallah! Ikan hidup dan berenang walaupun hanya tinggal kepala...

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: